Friday, 5 August 2016

Perempuan ; they are actually aliens

Hai korang.

Malam ni aku terasa nak bincang 1 topik ni. pasal mood perempuan, haha

taktau lah kan kalau lelaki pun ada yang mengalami masalah sama tapi biasanya kita memang dah tau 'mood berubah' sering dikaitkan dengan perempuan, so aku sebagai perempuan (mungkin separa perempuan ok im just joking) nak share sikit macam mana sebenarnya kami rasa bila kejap-kejap tukar mood. kami bukan sengaja tau! benda ni memang berlaku dengan sendirinya.

ok biasanya benda ni terjadi pada musim perempuan datang haid. biasanya. well kalau korang pernah belajar subjek biology maybe dekat sekolah atau mungkin ada jugak dalam subjek sains mesti korang tahu perubahan mood ni ada kaitan dengan beberapa hormon yang 'terhasil'. dalam erti kata lain bila kandungan hormon tertentu (aku tak ingat apa nama hormon tu sorry bukan pelajar cemerlang miss lock) seseorang perempuan tu meningkat, automatik dia akan jadi semacam. semacam mana? ahaha masa kami haid, perempuan ni akan rasa saaaangat tak selesa. terutamanya physically lah. rasa sakit perut (sebenarnya rahim), kadang tu sakit yang tu tak habis lagi tiba2 datang pulak sakit pinggang. kadang tu sakit pinggang tak reda lagi daaaahhh sakit kepala pulaak. tiba2 datang pulak masa tu lapar. dalam masa sama datang pulak migraine. haduh kesian. hahaha
bayangkan dalam sakit tu tiba2 ada orang whatsapp tanya khabar, nak ajak borak, atau masa tu lahh adik kau buat tumpah air dan kau bertanggungjawab untuk lap sebelum semut datang. leceh kan? so basically kebiasaannya dalam keadaan sakit macam tu perempuan sangat benci benda yang leceh leceh. sebabtu kami suka tidur ja. takyah pening benda leceh, takyah menderita sakit sakit. got it?


kadang tu kan, masa tak sakit pun boleh rasa nak marah. ha ni lah yang aku kata tadi berkait dengan hormon. maybe. masa ni, boleh jadi perempuan rasa lawak kau tak kelakar (kau akan nampak bodoh dimata dia sorry to say haha), tapi kalau kau buat taktau, dia rasa diabaikan (walaupun kau takde niat nak abaikan pun padahal) dan masa ni bermulalah satu keadaan yang kau tak suka iaitu dia akan OVERTHINKINGGGG. . . yea overthinking yang kau dah tak suka dia atau kau ada scandal dengan minah yang kau pernah like gambar minggu lepas, atau kau dah bosan atau mudah cerita dia fikir kau dah tak sayang dia. dia nak tanya tapi st the same time dia taknak nampak macam tapahape (walaupun lumrahnya begitu) so dia ambil jalan untuk senyap. yes senyap. sambil kerut kening. mengharapkan kau paham sendiri sengketa yang sedang berlaku padahal kau tak rasa apa2 masalah pun. masa ni setiap langkah kau kena hati-hati ok. 

tapi banyak2 aku tulis kenapa aku rasa macam aku tengah curate twtcinta ni? ni cerita pasal perempuan kan? ok ok aku fokus. pasal cintan nanti aku bukak topik lain.

ok kalaupun perempuan tu takde boyfriend tak semestinya dia tak boleh marah2 macam tu, haaa, kalau tak ada boyfriend, cukup dengan sampah tepi kasut dia pun boleh buat dia sakit hati. tapi nasiblah kalau sampah tu kena marah dengan dia (at least sampah takde perasaan, kan?) 
kadang2 tu kalaupun dia takde apa untuk dimarah, otak dia akan cari jugak sebab kenapa dia patut marah. contohnya macam aku baru je tadi. rasa nak marah jadi aku pandang sekeliling, tengok adik aku sorang tengah main laptop dari siang sorang lagi main fon aku sejak balik sekolah tadi. selama ni aku ok aku sabar lagipun aku yang offer diorang main harta benda aku tapi tiba2 rasa nak mengungkit pulak tadi. macam "amboi aku bagi main sikit buat rete terus laahh?! aku bagi muka sikit, penuh kpop dalam fon aku kau ingat ni fon kau keeeee (sambil dalam hati imagine tengah tarik rambut dia)" 
dan suddenly lepas 5 minit aku ok balik. (???)

[ lagipun tadi aku start badmood sebab aku tengah fikir aku tak cukup duit. nak dijadikan cerita tadi aku pergi supermarket nak beli lauk nak masak esok, lepastu terlalu dekat bahagian skincare n makeup. rasa macam aku perlukan skincare baru sebab pencuci muka hada labo tu dah habis dan tak beri kesan apa pun kat muka aku tapi dalam masa sama aku nak beli aprilskin foundation tu tapi dalam masa sama aku jugak perlukan screen protector utk phone aku. Dan dalam masa yang sama aku kena save duit in case family perlukan duit well biasanya tengah bulan semua semput nak hidup. Dan dalam masa yang sama. aku rasa aku perlu save duit kalau2 ptptn tak masuk sebelum mula sem depan. matilah aku kalau duit pt masuk lambat lagi, dah la tak kerja ni, sebab dah banyak kerja. dalam aku tengah runsing fikir tadi tu tiba2 kak wa (setiausaha kelab) remind pasal proposal yang aku patut hantar sebelum 20/8 ni tapi progress proposal tu macam lambat sebab partner aku kerja kan so hm pening aku. sebabtu badmood. ]

so all in all basically kalau lelaki tak tahu perempuan ni dalam kepala dia baaaaanyak sangat benda yang dia fikirkan tapi biasanya perempuan suka meletakkan soal perasaan sebagai priority dalam otak mereka. sebabtu mereka ini sensitif bab perasaan ni. yea perempuan ni complicated kalau kau tak tahan dengan perempuan macam ni, nak perempuan yang okay yang perfect yang pendiam, pergi couple dengan barbie sana.

dan actually aku tak sentuh banyak mana pun pasal 'kenapa perempuan ni boleh badmood' sebab kalau nak betul2 cerita memang tak jadi blog dah ni dia jadi seminar.

Dan aku pun takde mood dah nak sambung menaip. Bye. 

Wednesday, 3 August 2016

Get back to the blogger world

Hey assalamualaikum (garu-garu kening)

bertahun dah rasanya tak aktif mencarut sini, sejak blog bukan lagi trend media sosial kan haha anyway, em.. sejak dua menjak ni aku pun perasan aku makin menyalahgunakan media twitter untuk membebel dan memaki makhluk yang tak wujud pun dalam twitter (dan mungkin bukan memaki makhluk pun, kadang2 maki diri sendiri je) dan perangai sebagai perempuan (membebel i mean) takkan pernah berubah dan bukan boleh dikawal tambah2 waktu tengah emosi atau on period hahaha ni ler lifestyle orang solo takde boyfriend mahupun bestfriend untuk dishare semua cerita ahaha (u get it why i'm single haha all my exes left me bcs i ni bising hingaq takboleh diam dan idfk why, kalau in relationship je aku berperangai macam tu kalau dengan member2 laki lain ke dengan naz dengan ameer dengan pasiaq takde pulak aku menggedik gitu depan member aku cool gila ahah *act cool*) so basically, jangan suka aku sebab kalau aku jadi awek ang aku jadi gedik HAHA

sebenarnya takde apa pun post ni just nak bagitau aku ingat nak berbalik berborak dengan diri sendiri kat sini at least aku puas hati kan huhu. dan blogskin pink ni pun dah agak lama so aku sctually tengah2 nak survey blogskin baru kalau boleh nak cari yg agak2 aku selesa nak merepek takdelah formal sangat ni bukan annual dinner nak formal2. dan aku ingat nak beralih sikit dari colour pink ni ahahalahai manja sangat color ni aku bukan nak impress siapa2 pun dengan blog yg comel2 kejadah aku sendiri tak comel kahkah so biarlah blog selari dengan tuannya yedak? tengoklah mcm mana jumpa ke dak lagipun lupa dah ni mcm mana nak edit template blog nak kena main dengan kod2 html bagai.

dan amaranlah lagipun cuti sem ade lagi sebulan ni so macam2 lah kot cerita agak2 aku rasa ok aku share sini. konon share padahal nanti sendiri je yg baca kahkahkahkahakhakajjhsuwisxudyu

dah lah. nak survey dulu. lagipun suhu pagi ni sejuk lagi memang tengahari nantilah mandi. (kira ok lah aku tak tidur pagi ni k walaupun period k jangan nak expect lebih aku tak rajin pun). tapi aku lapar gila ni. harini takde sarapan sebab along malas masak, dia masak lunch terus. haruslah dia yang masak pasai dia menggedik nak kawin dah. aku lambat lagi lek je aku kan suka buat kerja last minute?
alasan haha bye.