Sunday, 23 December 2012

Another Ustazah Farisha hewhewhew~


Assalamualaikum :)

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

so dapat input ? Alhamdulillah.. ^.^ satu pahala aku wewewee~
Wassalam .

Ustazah Farisha hewhew~


Assalamualaikum . 
hehee apa aku buat tengah2 pagi butaa ni haha apa lagi, bertweets lah . and bila dah bosan tu, saje je bukak satu Himpunan Tazkirah ni . baca cerita kat situ . menarik gilaa kot . so aku pun berhasrat nak share . hehe hope jadi renungan kayy .. *ustazah sikit ^^

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

so how was the story ? menarik kan ? haha cikgu2 kat sekolah patut buat ni jadi tazkirah hari isnin hohoho :D
so okay peace out, Assalamualaikum :)

Thursday, 22 November 2012

best holiday in Borneo evaa !!

assalamualaikum w.b.t semuanya hoho :D

ouhkayy , this time akuh mau cerita ni sama kau yang aku baru balik dari Sabah bah . ==' annoying .
oh farisha yang comel please stop berbahasa sabah muntah aku . haha

okayy . takde ape pun nak cerita act , just haritu kan kalau kauorang ada baca yg pasal aku berdrama tu , haa ingat .? yang tuu lah . dah balik dah pun dari sabah . the result ? heh malas jee nak cakap . menang , just takde number . haha astaghfirullah . =='

the event was diadakan di sebuah auditorium kesenian dan kebudayaan negeri Sabah , which is in Kota Kinabalu , which is tempat yang 2 times lagi panas than Pekan , and which is tempat aku belakon for the last time , maybe . hehee okay ya , last . tahun depan SPM . heh
okay lah , ni sedikit gambar kenangan kami kat situ . :P
baru sampai . oh saya tak nampak hakam haha :D

oh oh did you seee that evil face? that is mine . heh


kami huru hara dan kami bersatu haha :D

oh tuu dia haha tag peserta .

mereka menari memang sexy . haha

gambar formal kecuali aku . haha

this is the best part , can u see muka yakin tu ? hha

kami jee budak asrama dan pakai fon cikai . orang lain mana adaa welkk..

KLIA sejukk haha best tak tido merayap situ .

the tudung cream tuu our director, menggantikan tempat aku . hehe

muka nak jual orang . haha malu malu malu . 

time ni a day before pertandingan . training 4 d last time . memang cuak.

sampai malam takde orang boleh ah buat gitu . tibe ada kereta, berani mati haha :D
eh kami dapat RM50 sorang kayy, teacher bagi . orang kaya . haha balik  pahang licin duit . haha
the final , before balik. di depan hotel buat muka taktahu malu haha XD

 ceritanya,
kami team pahang has done our very best , the best pernah aku buat but not for Tsot cause dia cuak kemampusan . tak jadi lakonan dia haritu . but that day sampai sekarang aku masih ingat , Aein and Gopal did so much better than me . buat malu haha . eyy tapi jangan main2 , even aku gagal kali ni nak merangkul again 'the best actor ever' (jadi finalis pun tak lepas haha ) , ada lah jugak 4-5 orang teachers and participants from another school yang jumpa aku personally and they told me ''hey i like your character'' dan ''huy , your acting was good'' . oh ya , aku dapat pujian dan itu cukup membuatkan aku bersyukur ALHAMDULILLAH.. :DD

so secara kesimpulannya memang kami terkezut cause yang bertanding memang tak tertanding eden . haihh . HEBAT RABOKK BELAKA .. yang paling kami kuat nganjing : THE DEVIL from perak . gilaa hardcore dia memang layak belakon harry potterrrr lah . and another drama yg aku minat , sarawak , penang, and sabah of course . hiuhh , the results ; first SABAH, second SARAWAK, third SELANGOR yang lain aku tak ambik tahu dah haha :D and , dengan lapang hatinya nak ucap CONGRATULATION yang menang . haa dan aku tak nangis pun masa tahu kalah tu . (oh ya , tipu. ==')

*takpe lah, yang pasti aku dapat shopping last day tu . haha :D

Sunday, 27 May 2012

Welcome to me !!

Hye semua !! haha ..
ni agak2 macam first time nak buat blog , so ianya teragak sangat lah buruk . haha sepanjang aku share story dalam page ni , nak mintak maaf awal2 kalau ayat aku keling nak mampuss . haha aku tulis apa yang termuncul dalam kepala pelik aku ni . haha lagi satu kalau tertypo tuu, wat dunno je lah yea.. haha ..

So, sebabkan ni 1st time Farisha berblog , kalau ada apa2 tak puas hati and rasa macam perlu Farisha betulkan dalam blog nii , just do comment , okay. tak baik kutuk dalam hati .. erm , actually tak reti manaa pun buat blog ni . so siapa yang hebat tuu , tolong lah saya yaa sifu ..

so far tu je lah kott . kaybyee u olls . lufyu muah muah ..!